Wednesday 30 December 2015

KENANGAN KITA BERSAMA #geng8

بسم الله الرحمان الرحيم

Lama dh tak menulis.. Lupa ada blog.. haha
semua gara2 suha throwback
[baca la kalau nak tahu kisah kami.. Kenangan Semester 3 (Permulaan kisah Perjalanan Geng 8)]

ok memandangkan dh tamat perjuangan diploma di UPSI, so i nak #throwback sikit kenangan2 bersama #geng8 di UPSI..

kawan2 sediakan tisu siap2 (takut ada yg menangis)

PART 1 (rasa mungkin akan panjang, so i bahgikan by part la er)


Ingat lagi x kisah di sebalik sekeping gambar ni??

time ni kita nak pergi pasar malam.. punya lah confident naik la bas.. bila bas dh gerak tu, aiikk asal pak cik ni lalu jalan nk ke kampus baru..
sekali tanya. 
 " Pak cik pergi pasar malam x?"  
jawapan pakcik tu 
  "tak la dik, ni bus ke kampus baru je" 
haha nak tergelak je rasa, suruh la pakcik tu dropkn kita kat bus stop.lepas tu sibuk la semua call prebet. last2 pergi la asing2 naik dua prebet.. kenangan kot..





Haa yg ni kalau ada yg lupa tak tau la nak kata apa.. haha moment paling tak boleh dilupakan..

tak berapa ingat la lepas final exam ke apa, tapi yang pasti kita dari cafe KHAR, nak balik rumah bas tak ada..

elok pulak time tu my family datang sebab i nak balik dah.. so tu je lh penyelamat yang ada.. sumbat la 8 orang, LAPAN orang u alls.. serius berhimpit, kalau kereta besar tak pe jugak

serius la moment yang tak boleh dilupakan, asalkan dapat smpai rumah tu dh cukup baik la kn.. hehe







kawan2 ingat x hari ni.. hujan lebat sangat2, elok pulak sorang je yg bawak payung..

terpaksa lah mengangkut sorang2 dari blok 9 nak ke blok tmpat tunggu bas.. dengan semua orang pakai baju kurung, memang lencun habis la kain ..  tengok tudung pon dh tau dh kn.. haha

menyempat pulak lepas berjaya mengangkut semua ke tempat tunggu bas bergambar pulak n.. haha sabar je la..



haa ni lagi satu berhujan lagi..
tak tau la apa masalah geng kita suka sangat main hujan, haha ni kes semua rajin sangat bawak payung la kn.. haha
kalau tak silap ni lepas main netball kan, dari padang tu berlari meredah hujan.. macam cerita bollywood pulak..

bila dengan korang redah hujan sama2 pon jadi sweet.. haha nak termuntah pulak rasa


tu je dulu kot untuk part 1 ni..

sebelum tu yg last ni bukan senang nak dapat ..



Tengah bawak moto pon menyempat bergambar dengan si dibah ni..
terima kasih banyak la adila che mud selama ni bagi kitorg pinjam moto, banyak berjasa tu,
bayar bil, pergi pasar, pergi klinik time jari i tercedera time main dengan geng2 najat ika, padahal main bola je pon.. haha








itu sahaja untuk hari ini, padahal esok final exam paper BI.. menyempat lagi.. haha sabo je la..
semoga mimpi yang indah2 kawan2 bila baca cerita ni.. haha



Saturday 3 May 2014

Contoh Surat Permohonan Penempatan Latihan Industri


Keperluan untuk permohonan penempatan LI ...

  • Resume
  • surat permohonan penempatan LI
  • skop tugasan dari fakulti


resume dh settle..
skop tugasan dh dapat dari fakulti..
tinggal surat dari universiti je.. lambat sangat nk tunggu..
so saya buatlh surat sendiri tapi kena dapatkan pengesahan dari ketua jabatan la..


DOWNLOAD surat permohonan penempatan LI


Contoh Resume Latihan Industri

Resume ni saya guna untuk memohon penempatan LATIHAN INDUSTRI..
masih dalam proses..

doakan saya..

so, saya nk kongsi lah resume yg saya buat..
harap dapat membantu sesiapa yang baru pertama kali nak buat resume...

DOWNLOAD contoh RESUME



Monday 31 March 2014

THANKs to ALLAH...

Assalamualaikum..

dah masuk minggu ke 2 cuti semester 4..
banyak yang aku belajar sepanjang sem 4..
mengajar aku mengenal erti kehidupan..

THANKS TO ALLAH..

tak mudah untuk mengubah diri, berubah ke arah yang lebih baik..
aku juga manusia biasa..
namun, aku akan belajar dan terus belajar untuk mengenal PENCIPTA, mengenal diri..
dan seterusnya aku ingin menabur bakti dan di muka bumi ini..





TERIMA KASIH ALLAH...

kerana KAU hadirkan dia dalam hidupku..
walaupun hanya untuk seketika..
aku belajar untuk mengenal erti hidup..
walaupun secara tidak langsung,
aku banyak belajar daripadanya untuk menjadi seorang manusia yang lebih baik..


Sunday 8 December 2013

Mimpi "dia" Masuk Meminang

Bila Tiba Masanya

Asalamualaikum
dh lama ana xupdate..
mimpi malam td membuatkan ana rasa nk menulis lah pulak..

semalam ana n d geng pergi jalan-jalan kat Berjaya Times Square.. nak di jadikan cerita balik-balik tu ana memang lh trsangat xlarat.. pening penangan main kat theme park... sampai-sampai rumah dh malam, terus solat isyak, then terus tidur..

ana rasa ana xde lh fikirkan ape2 pon hari tu... xteringat kat sesiapa pon...
yang pasti ana memang mimpi yg itu memang dia.. n itu memang parent dia..

lepas bangun tidur tu hati ni rasa berbunga-bunga je..xtau sama ada tu petunjuk atau mainan syaitan.. tapi yang pasti mimpi tu asyik membuatkan ana semakin tertanya-tanya.. mungkinkah?

orang kata kalau kita mimpikan dia maksudnya orang tu rindukan kita... WaAllahu A'lam lh..

makin ana mencuba untuk melupakan, makin susah ana nak laluinya..

Jodoh, Ajal, Pertemuan ditangan ALLAH..

kalau boleh ana xnak lh apa yang ana lakukan sekarang ini akan melukakan hati suami ana..

jadi, ana cuba sedaya upaya untuk menjaga n memelihara maruah n diri ana dari perkara-perkara tersebut..
benda yg lepas ana jadikan pengajaran.. in syaa Allah ana xnak ulanginya lagi..

CINTAku HANYA BUATmu sebagai SUAMIku

"NO UNTIL AKAD"




*biarlah rasa ini ku simpan.. kalau dh JODOH pasti xkemana

(mungkin jugak sebab asyik tengok pasangan muda yg baru kawin)

Monday 7 October 2013

KENANGAN SEMESTER 3

Alhamdulillah tamat sudah semester 3... cuti semester sudah bermula... selama 1 semester ini banyak pengalaman yang ana dapat... pengalaman yang mengajar ana erti sebuat persabahatan, cinta, pengorbanan dan kasih sayang..

permulaan kisah GENG 8 yang diberi nama oleh someone..
me, suha, ina, diba, zatul, nisa, zaty, n bella... kami sentiasa ber-8 ...

aktiviti sepanjang sem 3..


Jalan-jalan ke Mid Valley ber-5..
kalau berjalan memang xsahlah kalau salah satu dr kami berlima tak join... semua kaki jalan, kaki shopping (actually window shopping)...
memang enjoy.. awal2 sem kn.. relax dulu.. tak terasa lagi bz nye.. luangkan masa bersama..






















berbaju koperat.. DIPLOMA SAINS MATEMATIK..
kisah yang tak mungkin kami lupakan...
lecture calculus kami DR ZAMZANA, tegur kami pakai baju sama,
katanya, "sehati sejiwa kononnya" namun
kami akan terus mencuba untuk benar-benar menjadi sahabat sehati sejiwa..

aktiviti wajib sebelum balik raya... 
sem 1 dulu kami shopping ke jalan TAR je..tapi sem ni.. try ke KENANGA WHOLESALE... 
juz try and error.. terjah je...dh sampai sana, kami belajar satu vocab baru "wholesale" maksudnya borong..
so baru tahu yang mall tu kena beli barang sekali banyak.. haha nampak sangat tak study dulu sebelum pergi jalan kan.. tapi pe2 pon memang enjoy la shopping, this time cukup ber-8... 
for the first time berjalan sampai ke malam..


jamuan diploma sains matematik... geng kami tak pergi pon... tapi special la, gambar kami ada dalam montaj majlis tu.. (feeling excited)


gambar pertama yang masuk.. tak perahsan, rupa2nya geng kami ni dah tertubuh dari sem 1... gambar ni masa jamuan raya sem 1.. secara tak sedar dari sem satu rupanya kami dh bersahabat... sampailah sem 3 ni persahabatan kami makin rapat.. sebab dh duduk rumah sewa sama2.. 



gambar kedua.. wah.. geng jubah.. memang ini hobi kami... walaupun sebelum ini pernah ditegur dr zamzana sebab pakai baju sama, memang tak serik2.. pakai lg baju sama ke kelas dr zamzana.. we are geng.. hehe

celebration birthday... 
starting nisa, zatul n zati... semoga ianya tetap terpahat dalam ingatan kalian..



dinner at CALIFORNIA STEAMBOAT.. 
dengar orang lain makan kat sini cerita macam sedap je.. so kami try lh... boleh tahan lah.. 
sweet2 sekali sekala, share air.. #sharing is caring  
sem 3 baru nk teroka california steamboat, student degree sem 1 dh abeh teroka tg malim dh... kami tasik proton city xpernah pergi lagi.. diorang dh pergi dh.. kami bila lagi???






peperangan sudah semakin dekat.. 
final exam harus ditempuh jua..

pengakhiran semester 3... 

port baru yang memberi ketenangan bagi ana untuk study.. library.. study week harus dimanfaatkan sebaiknya.. semester 1 alhamdulillah rezeki ana... sem 2 rezeki dia pula... semester 3 ini pula giliran siapa?? i hope i will get it again.. sama2 dengan dia pon xpe... moga2 ada rezeki lagi untuk sem 3... semoga kawan2 ku juga dapat yang terbaik.. 

Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan memberikan baginya jalan ke luar (bagi semua urusannya). Dan memberinya rezki dari arah yang tidada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (segala keperluan)nya” (QS ath-Thalaaq:2-3).
Bertawakal hanya kepada Allah sajaAllah berfirman: “Dan kepunyaan Allah-lah apa yang ghaib di langit dan di bumi dan kepada-Nya-lah dikembalikan urusan-urusan semuanya, maka sembahlah Dia, dan bertawakallah kepada-Nya. Dan sekali-kali Rabb-mu tidak lalai dari apa yang kamu kerjakan.” (QS. Huud: 123)

hari terakhir final exam...
masa untuk bergambar... agak2 lah kan kalau dikumpul2 gambar2 sepanjang sem ini memang dh cukup untuk membuktikan kami semua memang suka bergambar...hehe



asyek tengok kawan2 lain bergambar dari hari first exam, kami sabar je, ha, waktu last exam lah masa nk balas dendam.. bergambar puas2..


last aktiviti mandi-manda... 
sebelum semua orang balik bercuti, kami berkelah main2 air kat sungai kalumpang.. geng-8 kurang sorang.. biasalah tu n.. hehe.. apa2 pon kami memang enjoy lah.. 

Berakhirlah sudah kisah perjalanan cerita kami untuk sem 3 di bumi tg malim... semuanya sudah selamat kembali ke rumah masing2..
semoga segala yang kita lalui di semester 3 ni memberi pengajaran dan pengalaman yang berguna buat kita semua... pengalaman yang lebih mematangkan kita.. mengajar kita erti sebuat persahabatan.. banyak liku yang kita lalui sepanjang 1 sem bersama, moga tidak ada yang serik untuk terus bersama 2 sem lg..

-selamat bercuti- 

bak kata ina "kalau dpt 4.00 bagitahu tau.. kalau x tak payah cerita" hehe
suha " waktu result keluar nanti aku off phone tau" ok, i paham.. hehe

Apa2 pun yang kita dapat nanti menunjukkan apa yang telah kita usaha sepanjang 1 sem ini.. 
terima dengan hati yang tenang.. (tapi moga2 semua 4 flat) amin...



















Saturday 13 July 2013

SYIFA' ASSUNNAH @Raudah An-Nisa'

SYIFA' ASSUNNAH

Makanan Kesihatan... 


-Dengan Ramuan Makanan Sunnah : 
-Madu, 
-Minyak Habatus Sauda, 
-Minyak Zaitun, 
-Minyak Kelapa Dara, 
-Minyak Biji Anggur, 
-Cuka Kurma, Jus / Pati Kurma,
 -Cuka Epal, 
-Cuka Delima....



 Khasiat SYIFA' ASSUNNAH..

1. Menambah dan Meningkatkan tenaga / stamina
2. Melancarkan sistem saraf
3. Mencegah dan merawat kanser
4. Mencegah dan merawat keracunan
5. Pengawet dan perisa makanan semulajadi
6. Awet muda
7. Merawat dan meningkatkan prestasi kulit
8. Merawat batuk dan asma / lelah / semput
9. Merawat sakit sendi / gout
10. Merawat dan mengelakkan gangguan dan migrain
11. Meningkatkan prestasi jantung / kardiovaskular
12. Melancarkan sistem pencernaan / perkumuhan / haid / merawat senggugut
13. Meningkatkan prestasi minda / menguatkan ingatan

Harga sebotol RM 30 (termasuk postage)



dapatkan sekarang!!!!!!
hubungi kami di fb: Raudah An-Nisa' / 017-8859041