Sunday 12 August 2012

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS


sebenar nya teks ucapan ni hasil kerja assigment bahasa melayu NANA my my partner 
NUR NASUEHAH IBRAHIM... so, I just want to share how to do the teks.. because before this i will never write the mc teks.. 


TEKS MAJLIS PERASMIAAN
PAMERAN “SITC DALAM GERAKAN KESEDARAN BANGSA”



MASA
CUE
ANN  1

8.30 pagi

Hadirin mengambil tempat

Mengumumkan ketibaan dif-dif jemputan
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Canselor , UPSI ,
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia dan  Yang Berhormat Prof. Madya Dr. Hj. Ishak Saat,
Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.




MASA
CUE
ANN  2

8.35 pagi

Dif-dif jemputan mengambil tempat di meja VIP

Ingin rasa memakan kari,
Kari cendawan batang keladi,
Girang rasa tidak terperi,
Bertemu Tuan yang baik budi.

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirahmanirrahim
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Cancelor , UPSI ,
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia dan  Yang Berhormat Prof. Madya Dr. Hj. Ishak Saat,
Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, UPSI
Para jemputan
Dan hadirin yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia

Majlis terlebih dahulu mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana sudi hadir ke Majlis Perasmiaan Pameran
“SITC Dalam Gerakan Kesedaran Bangsa”




MASA
CUE
ANN  3

8.40 pagi

Bacaan doa

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa,
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat Yang Maha Esa.

Oleh itu, bagi menambah keberkatan majlis pada pagi yang mulia ini, marilah kita sama-sama mengaminkan doa yang akan dibaca oleh Dr. Ibrahim Hashim, Pengarah Pusat Islam UPSI.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.




MASA
CUE
ANN  4

8.45 pagi

Selepas bacaan doa

Amin-amin Ya Rabbal Alamin.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Ibrahim Hashim, Pengarah Pusat Islam UPSI atas bacaan doa itu tadi.


Bagi meneruskan acara, majlis menjemput
Yang Berhormat Prof. Madya Dr. Hj. Ishak Saat,
Pengarah Muzium Pendidikan Nasional, UPSI
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.



MASA
CUE
ANN  5

9.00 pagi

Selepas ucapan
alu-aluan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

Seterusnya, hadirin yang dihormati sekalian, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa,
Naib Canselor , UPSI , menyampaikan ucapan .

Dengan segala hormatnya dipersilakan.




MASA
CUE
ANN  6

9.20 pagi

Selepas ucapan daripada Naib Censelor

Terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa,
Naib Cancelor , UPSI, atas ucapan yang disampaikan itu tadi.

Bermatlamatkan meningkatkan skop pendidikan negara kita, pada tahun 1922 SITC telah ditubuhkan.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan montaj mengenai sejarah penubuhan SITC yang telah disediakan.
Saksikanlah.




MASA
CUE
ANN  7

9.30 pagi

Sebaik sahaja persembahan montaj

Jangan tertanam alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Dengan itu, majlis menjemput
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia
bagi merasmikan pameran SITC ini.



MASA
CUE
ANN  8

10.00 pagi

Selepas perasmian pameran

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,  atas perasmian itu tadi.

Maka, dengan lafaz bismillahirahmanirrahim itu tadi, pameran “SITC Dalam Gerakan Kesedaran Bangsa” telah dirasmikan .

Seterusnya, majlis menjemput
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim diiringi
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Cancelor , UPSI, untuk memotong reben pintu Muzium Pendidikan Nasional, UPSI.

Dipersilakan .



MASA
CUE
ANN  9

10.15 pagi

Selepas acara memotong reben

Bagi memeriahkan majlis kita pada hari yang indah ini, marilah kita bersama-sama mendengarkan dendangan syair sejarah SITCyang akan disampaikan oleh wakil mahasiswa UPSI.

Dipersilakan.




MASA
CUE
ANN  10

10.30 pagi

Selepas persembahan

Terima kasih diucapkan kepada wakil mahasiswa kita di atas dendangan syair yang cukup indah sekali.

Seterusnya, majlis menjemput
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Zakaria Kasa, Naib Cancelor , UPSI,
Bagi menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Haji Omar Mohd Hashim,
Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif, Persatuan Sejarah Malaysia.

Dipersilakan.



MASA
CUE
ANN  11

10.40 pagi

Selepas penyampaian cenderamata

Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Para hadirin, kita telah pun berada di akhir majlis.

Di atas dahan BurungTempua,
Melihat rusa tepi perigi,
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada pagi ini. 
Sebelum bersurai, majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis kita pada hari ini.


Dipersilakan dif-dif jemputan ke ruangan VIP bagi menjamu selera.

  

No comments:

Post a Comment